Terkait Penghinaan Nabi

Esok Jutaan Rakyat Malaysia Demonstrasi Besar-Besaran

Malaysia-Demonstrasi Besar-Besaran seluruh Malaysia bagi Penghina Nabi SAW  diadakan di seluruh Malaysia Jumaat (01/03/2019) bagi menuntut pemerintah Malaysia dibawah rezim Pakatan Harapan (PH) melakukan tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook bernama Foo Sing Wai.

Juru Bicara Dewan Pemuda Pas, Hishamuddin Abdul Karim mengatakan pihaknya kesal isu yang meresahkan dan mengganggu ketenangan dan mencetuskan kemarahan umat Islam itu tidak ditangani sewajarnya apabila tersangka dibebaskan dengan jaminan polisi.

Selain itu ia menegaskan tersangka dilepaskan oleh perintah atau pengaruh desakan politik tertentu.

"Persepsi awam sedang merebak dengan perasaan sangsi ekoran individu yang menghina Rasulullah SAW telah dibebaskan dengan jaminan polis pada hari ketiga dia direman walhal isu ini sangat sensitif" katanya

"Atas kekesalan yang berlaku dan menuntut kedurjanaan ini ditangani sewajarnya, umat Islam akan menunjukkan solidariti menerusi bantahan aman selepas Solat Jumaat (lusa) seluruh negara dengan dipimpin sayap Pemuda," tambah beliau

Hishamuddin  takut terjadi  tindak balas dendam luar mengenai isu tersebut tentunya akan menggugat ketenteraman masyarakat. Pihak berkuasa diminta bertindak secara profesional serta bebas daripada campur tangan politik. 

Dalam pada itu, beliau menarik perhatian sikap kurang ajar dan biadab segelintir individu yang menghina institusi Islam dan Nabi Muhammad SAW dilihat semakin berleluasa bahkan, dengan berani dilakukan di era Malaysia Baru yang dibawah kerajaan Pakatan Harapan (PH). 

Katanya, keangkuhan dan kerakusan  DAP (salah satu partai di Malaysia) mengusik banyak pihak termasuk peruntukan Perlembagaan Persekutuan terhadap kedudukan dan hak berkaitan Islam, Melayu dan Bumiputera yang turut cuba dirombak.

"Pelakuan mencerca atau menghina agama, negara, bangsa hatta individu sek aok pun adalah tindakan melampau serta ekstrem kerana ia umpama menembak langsung ke jantung hati" tegasnya.

"Ia bukan sekadar boleh mengakibatkan pergaduhan atau rusuhan malah, api peperangan bersenjata. Demikian bahaya sewenangnya dicetuskan itu, maka pelaku dalam isu ini mesti ditangani secara serius," tutupnya.


[Ikuti Seputar Riau Melalui Sosial Media]






Tulis Komentar