Dibawah Pemerintahan Mahathir

Pemerintah Malaysia Bakal Bangun 1 Juta RLH

KUALA LUMPUR: Pemerintahan Malaysia dibawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan dan berusaha melunaskan janji untuk membangun sejuta unit rumah mampu milik (Rumah Layak Huni) dan rumah murah waktu 10 tahun.

Perdana Menteri Malaysua, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata komitmen itu akan diwujudkan demi membantu golongan kurang mampu terutama kumpulan B40 menerusi kerjasama pihak swasta.

"Kerajaan tak mampu dirikan sejuta rumah dalam masa 10 tahun, perlu kerjasama dengan swasta. Hari ini kita lihat banyak pihak swasta sambut baik rancangan kita ini termasuk dalam susunan komuniti bagi memastikan ada perusahaan ditempatkan di kawasan komuniti yang akan dibina" kata Mahathir.

"Kita harap dengan adanya komuniti tersusun dan dilengkapi kelab yang boleh menjadi perantara untuk menyampaikan masalah penduduk setempat kepada wakil rakyat serta dilengkapi bengkel bagi membolehkan mereka terlibat dengan perniagaan, akan memajukan ekonomi komuniti setempat, " katanya pada konfrensi Pers hari ini.

PM Malaysia melancarkan Dasar Komuniti Negara yang digubal Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menangani isu sosial perumahan di peringkat komunitas setempat, khususnya di kawasan berstrata biaya rendah di seluruh negara.

Mahathir juga mengatakan, dasar itu juga menganjurkan penduduk  berkenaan terlibat dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dengan aspek pemasaran yang lebih tersusun.

"Kita mahu komuniti yang lebih tersusun dan lebih baik, itu hasrat kerajaan dan ramai pihak swasta yang sambut baik hasrat ini.

"Hasrat kita bina sejuta unit dalam 10 tahun mungkin ada lebih atau kurang (sasaran 100,000 rumah dibina dalam setahun) namun kita harap dalam 10 tahun, kita boleh bina ikut sasaran," jelasnya.

Harga bagi seunit rumah mampu milik ialah di bawah RM300,000 dan ditetapkan mengikut lokaliti.

Sumber: Astroawani.com


[Ikuti Seputar Riau Melalui Sosial Media]






Tulis Komentar