Life Petal Ketagih Manggung, Lagu Baru Warkah Bakal Gegar

Singapura-Band genre Symphonic Pop Rock dari Singapura, Life Petal terus komited walaupun dalam suasana pandemik dan terbaru, mereka akan mengadakan konsert secara maya pada 19 September depan.

Life Petal yang terdiri dari  7 sekawan mempertaruhkan lagu single mereka 'Pilu' yang berentak slow rock Melayu dan kini telah diputarkan di banyak stesen radio tempatan Malaysia, Singapura dan juga Indonesia (Riau).Adapun anggota dari band life Petal terdiri atas;

Zax Ramli – Vocalist Utama 

Farah – Vocalist Kedua 

Lee – Pemain Drum 

Azim – Pemain Bass 

Yusuf – Pemain Guitar 1 

Iskandar Jeff – Pemain Guitar 2 

Man – Pemain Keyboard

Luqman atau akrab dipanggil Bang Man Bagi sahabat di Indonesia selaku ketua kumpulan Band ini mengatakan , kami tidak dapat menyembunyikan perasaan ketagih untuk kembali beraksi dalam sebuah persembahan besar. 

"Kali terakhir kami buat persembahan ialah pada September tahun lalu secara maya di Facebook One Music Fest dari studio From The Top di Singapura.”

Menurut kami, persembahan musik kecil-kecilan kini boleh dianjurkan di Singapura dengan jumlah hanya bawah 50 saja tetapi mereka tidak mahu mengambil sebarang risiko jadi memutuskan membuat secara maya.

Konser maya itu boleh dilihat di laman FB Braddell Heights CC (Pusat Komuniti Balai Rakyat Singapura Braddell Heights) dan Youtube Life Petal sendiri dijangka 19 September nanti. Tiada bayaran dikenakan bagi mengakses persembahan.

Mengenai perancangan masa depan, Life Petal akan bakal muncul dengan single terbaru berjudul 'Warkah' yang akan menambah koleksi lagu-lagu Melayu mereka selepas ini.

Life Petal akan memunculkan lagu Baru berjudul 'warkah' (rls).


[Ikuti Seputar Riau Melalui Sosial Media]






Tulis Komentar